Kenali Kit Penjimat Minyak dan Power Booster - MyBikes






myBIKES, alat penggalak dan penyeragam kuasa dan penjimat minyak motorsikal pertama seumpamanya di Malaysia. Benar-benar menjimatkan dan tahan sepanjang hayat dengan jaminan dan sokongan teknikal. Ia telah diuji di litar dan makmal dan dengan kaedah pemanduan yang betul penjimatan minyak boleh mencecah 40%. Untuk tujuan pemasaran, kami di C.A.R.D hanya menyasarkan penjimatan sehingga 35% sahaja.Polariti voltan yang telah distabilkan akan menjadikan pengaliran arus sehala yang seragam. Keseragaman kedatangan arus pada palam pencucuh menyebabkan pembakaran dengan api biru yang tirus dan sempurna di mana minyak dibakar lengkap tanpa pembaziran. Keseragaman ini menjadikan bekalan kuasa kepada motorsikal masuk secara sistematik. Enjin akan lebih berkuasa dan pembakaran sempurna menjadikan kuantiti asap yang terhasil adalah ditahap paling minimum.




Proses pembakaran petrol di dalam enjin motorsikal (ignition) dilakukan oleh Palam Pencucuh (Spark plug) yang menerima arus voltan tinggi dari magnetic coil melalui kabel berpenebat. Selepas lama beroperasi, enjin mula mengalami penurunan prestasi atau kelemahan iaitu motosikal mula kurang daya pecutan, banyak menggunakan petrol dan pengeluaran asap yang jelas. Kesemua masalah ini masih timbul walaupun kita telah melakukan pelarasan (tuning) dan menukar palam pencucuh.




myBIKES boleh mengembalikan prestasi enjin motosikal anda dan menjadikannya seperti baru dengan 3 cara;






1. myBIKES bertindak menghalang discaj negatif berlebihan pada palam pencucuh. Setiap suntikan petrol ke dalam enjin dibakar dengan sempurna oleh palam pencucuh yang ‘sihat’ menjadikan enjin sentiasa bersih dan motosikal lancar tanpa asap.






2. myBIKES bertindak sebagai 'converter' yang berfungsi meningkatkan frekuensi pada kabel berpenebat. Ini menjadikan arus mengalir lebih laju menjadikan pembakaran petrol menjadi lebih sempurna dan seterusnya meningkatkan daya pecutan dan pendakian.






3. myBIKES bertindak sebagai penstabil polariti voltan yang dijana oleh 'magnetic coil'. Kadar pengaliran arus menjadi sekata dan arus yang mengalir adalah secara maksima dalam satu hala sahaja menuju ke palam pencucuh. Aliran sehala dan seragam ini akan menyeragamkan pembakaran pertol dan sedikit pembakaran petrol mencukupi untuk keperluan motosikal dan cukup untuk memberikan kuasa pecutan. Ditambah dengan pengendalian motosikal yang betul tentunya penjimatan petrol dapat direalisasikan.









Type-R myBIKES power booster and fuel saver kit lengkap dengan penutup palam berkualiti tinggi.

Bahan utama kepala palam pencucuh ini diperbuat dari getah silikon yang tahan suhu tinggi dan melampau.

Sambungan yang kemas dan mencengkam pada palam pencucuh menjadikan zon sensitif ini adalah 100% kalis air

Type-Z myBIKES power booster and fuel saver kit ringkas tetapi padat.

Mempunyai kuasa dan fungsi 100% menyamai myBIKES Type-R. Pengguna perlu menggunakan penutup palam pencucuh asal. Kaedah pemasangan yang amat mudah.

4 comments: