Cara Pemasangan MyBikes TypeZ

Pemasangan MyBikes tidaklah sesusah mana, sama ada TypeR mahupun TypeZ. Di sini saya ingin menunjukkan bagaimana cara untuk memasang MyBikes TypeZ. Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk memasangnya eloklah minta bantuan mekanik, Terutama motorsikal atau sekuter yang kedudukan kepala plug tersorok di dalam body motor. Tapi jangan anggap ia melecehkan kerana hasil yang anda dapat selepas itu tidak merugikan





Mula-mula kenal pasti kedudukan kepala plug, pegang kabel paling hampir dengan kepala plug kemudian pulas kepala plug mengikut arah lawan jam untuk menanggalkannya





Setelah tanggal pastikan susunatur kepala plug dan MyBikes seperti gambar di atas








Cantumkan kepala plug dengan MyBikes. Pusingkan ia ikut arah jam.







Beginilah gambar kedudukan kepala plug apabila telah di skrukan (cantum)









Apabila MyBikes TypeZ telah di skru pada kepala plug motor anda, maka ambil 'shrinkable tape' yang dibekalkan bersama dan sarungkan pada bahagian sambungan MyBikes dan kepala plug






Lalu panaskan tape itu dengan menggunakan pemetik api hingga ia menjadi rapat dan kedap. ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya kemasukkan air pada sesetengahjenis kepalaplug motor







Beginilah gambaran kepala plug+MyBikes TypeZ di mana'shrinkable tape' nya telah di panaskan - berkedap!



Sambungkan semula kepala plug ke kabel dengan memutarkannya ikut arah jam supaya skru dan kabel bercantum rapat. Masukkan semula kepada palam pencucuh. Ha'ah anda sedia untuk mengujinya.

No comments:

Post a Comment